Ekspo Terengganu 2018 yang akan berlangsung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak menyasarkan seramai lebih 400,000 pengunjung yang akan berkunjung ke situ.
 
   Ekspo TERENGGANU 2018 yang akan bermula pada 25 Februari hingga 3 Mac itu juga      turut menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk pengunjung bertuah.
 Antara hadiah yang akan ditawarkan kepada pengunjung bertuah utama pada hari terakhir   ekspo ialah sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, sebuah lot tanah perumahan,   sebuah lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
 “Selain itu, penganjur juga menawarkan hadiah pada setiap hari sepanjang ekspo seperti   motosikal, barangan elektrik dan elektronik kepada pengunjung,
 
“Banyak kisah kejayaan akan dipamerkan sepanjang ekspo itu berlangsung untuk menyuntik motivasi kepada rakyat Terengganu supaya terus bersama-sama kerajaan negeri, dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan juga akan memberi manfaat kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat yang mereka perlukan”Jualan produk hasil keluaan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) juga akan turut sama memeriahkan ekspo itu, selain program seperti Forum Perdana, ramah mesra dengan selebriti dan atlet negara serta persembahan kebudayaan.

Bagi golongan belia yang masih tidak menpunyai pekerjaan , Sesi Temuduga terbuka turut diadakan daripada Syarikat. Sesiapa yang ingin menyambung pelajaran juga boleh mendapat maklumat yang lebih mendalam di ekspo ini. Jangan Lepaskan peluang Dengan Pelbagai Hadiah yang menanti.

 
TERENGGANU CANTIK ,
BUDAYA MENARIK ,
INSHA ALLAH ORANG POM BAIK-BAIK ,
TERENGGANU DARUL IMAN