Terengganu terkenal negeri yang penuh dengan tarikan baik dari segi makanan, pulau, pelancongan, seni dan kebudayaan, semuanya tersedia di negeri ini. Malah, tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati juga sudah cukup banyak. Tidak hairanlah ada yang sanggup dapatkan servis Kereta Sewa Kuala Terengganu Terengganu untuk bersiar-siar sekitar bandar ini.
Meskipun e-hailing sudah tersedia, sukar untuk anda berharap memandangkan servis ini hanya tertumpu kawasan bandar, airport dan student area sahaja. Pastinya menelan kos yang banyak terutama anda mempunyai banyak check point yang menarik. Dari segi masa pula, anda banyak habiskan waktu ketika menunggu.
Cara terbaik kami cadangkan sudah pastinya anda dapatkan servis Kereta Sewa di Kuala Terengganu. Anda berpeluang bergerak ke mana-mana sahaja destinasi yang ingin dituju dengan mudah dan cekap. Lebih menarik, servis ini turut tersedia di Airport Kuala Terengganu dan Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu yang sudah pastinya bakal memudahkan anda yang datang ke negeri ini melalui pesawat atau bas.
Sekiranya anda sudah lama tidak ke Kuala Terengganu, kami wajibkan anda menaiki Menara Drawbridge atau Menara Jambatan Angkat Terengganu yang menyajikan keindahan ibu negerinya pada waktu malam. Sudah pasti servis Kereta Sewa Kuala Terengganu yang boleh dipercayai antara yang menjadi keutamaan anda dan menjadi pilihan orang luar yang hadir ke negeri ini.
Kereta Sewa di Terengganu MURAH ?
Ya, benar. KSKT menyediakan pelan LAGI LAMA, LAGI MURAH dengan booking awal.
BERSIH, BEBAS ROKOK dan AIRCOND SEJUK
Pihak kami hanya menyediakan kereta dalam keadaan dicuci dahulusebelum dihantar pada pelanggan. Pelanggan berhak minta pewangi jika pewangi tiada/habis. Pihak kami akan tukar kereta lain jika kereta yang disewa bermasalah di sekitar Kay-Tey.
Kami ramai dan perlu KERETA BESAR atau MPV
Bukan sekadar kereta kecil seperti Perodua Viva atau Axia. Malah KSKT juga menyediakan SEDAN, MPV dan VAN. Malah jika anda memerlukan Bas Persiaran. Hello saja, kami sedia membantu anda.
KENAPA PERLU SEWA KERETA DENGAN KAMI?
Jawapannya cukup mudah. Diusahakan oleh nak jati tempatan. Kami pakar dalam menguruskan kereta sewa dengan pengalaman melibihi 10 tahun di sekitar Kuala Terengganu. Kami bukan orang tengah, jauh sekali scammer.

Reviu cemerlang Google Place paling tinggi
Sering kali apabila mendapatkan sesebuah servis khususnya melibatkan homestay atau kereta sewa atau mungkin kedai makan, pastinya rating hasil perkongsian ramai antara yang menjadi penentu. Berdasarkan jumlah rating yang diterima Kereta Sewa KT, jelas dan tidak salah lagi servis daripada kami ini antara yang terbaik anda boleh dapatkan di Kuala Terengganu.

Harga paling murah
Sejujurnya, dimana lagi anda boleh dapatkan servis sewaan kereta serendah RM100 sehari. Kereta bersih dan sering diselenggara baik antara yang membuatkan orang ramai tidak lagi kekok untuk mendapatkan servis daripada KeretaSewaKT. Selain itu, diskaun turut ditawarkan sekiranya anda menyewa dalam tempoh yang lama.

Servis yang efisien
Sudah menjadi kemestian dimana servis yang efisien sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Oleh kerana itu Syarikat kami mempunyai Sistem Pengurusan Online yang cekap bagi memenuhi permintaan ramai pelanggan dengan serentak. Hal ini pastinya bakal memudahkan anda berurusan dengan kami. Dalam erti kata lain, urusan penyewaan boleh diatur di mana anda berada.

Respon pantas dan mesra pelanggan
Sudah menjadi kemestian buat KeretaSewaKT kerana mereka faham servis yang baik bakal membuatkan para pelanggan berpuas hati sekaligus akan membuatkan sewaan semula pada masa akan datang. Perkhidmatan yang mesra juga sudah menjadi pilihan orang ramai untuk berurusan.
APA YANG DIPERLUKAN?

I/C dan Lesen Memandu
Ya. Nak sewa kereta wajib ada kad pengenalan atau passport dan lesen memandu yang sah. Bagi warganegara asing, anda boleh kemukakan Lesen Memandu Antarabangsa atau Lesen Memandu Negara Asal yang di iktiraf oleh JPJ Malaysia.

Deposit Keselamatan
Selain dari wang sewaan. Kami ada ambil deposit keselamatan atau cagaran sebagai imbalan. Jika pelanggan hantar kereta dalam keaadaan baik sebagaimana kondisi ketika ambil tanpa sebarang saman dari pihak berkuasa. Pihak syarikat akan memulang semula sepenuhnya deposit keselamatan tersebut.
SENARAI HARGA

Viva Elite Exclusive 1.0
(Auto Gear)- Sehari = RM100
- 3 Hari = RM90 Sehari
- Seminggu = RM79 Sehari
- Sebulan = RM55 Sehari

Perodua Axia 1.0(G)
(Auto Gear)- Sehari (24Jam) = RM110
- 3 Hari = RM100 Sehari
- Seminggu = RM93 Sehari

Perodua Myvi 1.3(Ezi)
(Auto Gear)- Sehari (24Jam) = RM130
- 3 Hari = RM120 Sehari
- Seminggu = RM100 Sehari
MACAM MANA NAK BOOKING?
Bermula RM50
Lagi mudah zaman serba canggih boleh Whatsapp terus kami. Kami jawab sepantas mungkin. Nak tanya harga, ambil kat mana, macam mana nak kira, berapa baki saya kena bayar dsb.