Jika anda ingin pengalaman yang unik dan berbeza berbanding menginap di hotel, anda boleh cuba villa Airbnb yang memberikan pengalaman seperti di resort.
Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 10 homestay bertaraf villa dengan kemudahan kolam renang. Lebih terjaga privasi dan aurat khususnya buat muslimah.
Apa itu AirBnb?
Sebelum itu mari kita kenali apa itu AirBnb.
Airbnb adalah platform online yang menghubungkan pelancong dengan tuan rumah yang menyewakan tempat tinggal unik, dari apartmen modern, rumah mahupun banglo seperti rumah agam.
Pelancong boleh menikmati pengalaman lebih private dan istimewa dibanding hotel, sementara tuan rumah dapat jana pendapatan tambahan dengan menyewakan rumah.
Airbnb bukan sekadar tempat menginap, tapi juga platform untuk mengenali budaya dan masyarakat tempatan.
Villapadu Bayu, Kuala Terengganu
Villapadu Bayu terletak di Terengganu, Malaysia. Dikelilingi ketenangan jauh dari hiruk pikuk di bandar. Dengan rekabentuk tradisional dan kemasan mewah, tinggal di sini bagaikan sebuah percutian.
Dengan akses internet yang pantas, anda boleh bercuti sambil melayari internet. Atau menaik bot peribadi untuk aktiviti menyelam, snorkelling ataupun berlibur di pantai.
Harga: RM 4,200 / malam
Maklumat lanjut Villapadu Bayu
VillaPadu Desa
Seisi keluarga akan merasai keselesaan dalam ruang yang unik dan luas. Di sinilah anda boleh nikmati keamanan, perpaduan, kekuatan, inspirasi dan juga keindahan semulajadi.
Unit mewah ini memang rasa seperti di rumah sendiri. Dengan rekabentuk tradisional yang menarik, memang sesuai untuk percutian yang menggembirakan.
Harga: RM 1,380 / malam
VillaPadu Kota-Bali
Rumah percutian layan diri Villapadu Kota-Bali ini menampilkan rekabentuk unik Bali dan moden, serta privasi untuk keselesaan anda.
Rumah percutian ini sangat menepati citarasa pelanggan kami, yang mahukan keseimbangan antara keselesaan serta kemewahan bagai hotel 5 bintang.
Harga: RM 1,200 / malam
Info lanjut VillaPadu Kota-Bali
Villa Getaway
Sebuah rumah yang dilengkapi dengan kolam renang dan gelungsur untuk pengalaman yang menarik. Ada 5 bilik tidur dan boleh memuatkan 11 orang tetamu.
Harga: RM1,500 / malam
Villa Lavenda
Tempat percutian terulung buat keluarga anda, dimana memori tercipta dan tawa riang menghiasi ruang yang luas. Ia bukan sekadar rumah percutian, malahan destinasi keriangan anda.
Harga: RM1,299 / malam
Cahaya Villa
Cahaya Villa direka dengan inspirasi rumah resort dimana anda boleh bercuti dan melupakan sebentar kehidupan yang sibuk.
Rumah ini dibena dengan reka bentuk rumah Bali serta senibina tradisional rumah Terengganu, dengan fokus pada ruang sosial di halaman.
Elemen flora dan fauna, air dan hiasan digabungkan untuk keseimbangan dan ketenangan alami.
Harga: RM1,500 / malam
Villa D’Razna
Villa D’Razna merupakan rumah percutian yang luas dan sesuai untuk keluarga yang besar.
Terdiri daripada 5 buah bilik tidur dan 6 bilik air, villa ini boleh memuatkan sehingga 20 orang pada satu-satu masa.
Terdapat juga kolam renang yang cukup besar untuk tetamu nikmati sepanjang berada di sini.
Harga: RM 900/malam
Villa Wadi Sakinah
Terletak di Taman Chonang Jaya, Gong Badak. Kediaman ini terdiri daripada 4 buah bilik tidur dengan aircond, dapur dan juga kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Harga: RM 569/malam
Info lanjut Villa Wadi Sakinah
Penutup
Dah ada yang berkenan? Jom rancang percutian keluarga anda di lokasi-lokasi villa seperti di atas.
Satu lagi, kika anda ingin bercuti ke Terengganu, anda juga boleh dapatkan kemudahan kereta sewa Kuala Terengganu pada harga serendah RM60 sehari.
Penafian: Kadar penginapan di Airbnb mungkin berubah dari masa ke masa. Harga yang dipaparkan dalam artikel ini adalah ketika artikel ini ditulis. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika ada kenaikan harga khususnya pada musim cuti sekolah dan cuti panjang.