“Delivery Kereta Sewa Pandu Sendiri Ke Seluruh Semenanjung Malaysia”

Kereta Sewa Kuala Terengganu ada menyediakan servis penghantaran dan pemulangan ke seluruh kawasan di Semenanujung Malaysia. Contohnya, Anda mahukan sebuah Exora auto di Airport Pengkalan Chepa, Kelantan dan pemulangan kereta di Airport Sultan Mahmud, Terengganu. Boleh sahaja, anda bersetuju dengan caj penghantaran dan harga sewaan yang kami berikan, harga insha allah berpatutan dan berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Selain itu, Jika anda ingin menyewa kereta sewa pandu sendiri dengan kami di Terengganu tapi anda inginkan pemulangan kereta di luar daripada negeri Terengganu seperti di KLIA, Johor, Melaka atau negeri lain. Boleh jugak tiada masalah, kami akan mempermudahkan segala urusan anda.

Airport Pengkalan Chepa & Airport Sultan Mahmud

Kereta Sewa Kuala Terengganu menpunyai pelbagai varian kereta tau, Daripada harga bajet sehingga VVIP. Antara kereta yang terdapat di Premis Kami Kereta Sewa Kuala Terenggganu, Untuk kereta sedan dan compact : Viva, Axia, Myvi, Proton Saga Dan Toyota Vios TRd, Varian Kereta MPV pula, Alza, Exora, Strarex dan Vellfire. Selain itu, Van Hiace juga ada do premis kami. Harga untuk Van Hiace hanya serendah RM300 sahaja untuk 24jam.

Exora Vs Alza
Kereta Sewa Kuala Terengganu

Masih ramai lagi customer kami yang confused tentang sewaan harian tu macam mana kan, Untuk sewaan sehari contohnya, Anda pickup kereta myvi sewaan selama sehari pada Ahad jam 10pagi dan pemulangan kereta pada isnin jam 10pagi juga, tiada istilah hantar malam tersebut tau. Jangan risau, anda akan mendapat servis selama 24jam yang anda sewa tau.

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Antara pemulangan kereta sewa pandu sendiri yang paling jauh, Customer pelancong daripada luar negara nak return kereta di Jeti Di Mersing, Johor. Beliau Menyewa Saga FL selama seminggu. Travel melawat seluruh semenanjung Malaysia menikmati keindahan Malaysia. Ada juga permintaan pelanggan kami nak return di Airport KLIA. Antara tempat yang hot, Airport , Jeti dan Stesen Bas. Jika anda berminat dengan servis kami, whatApp atau call direct kami di talian 013-31358080. Insha allah kami akan mempermudahkan urusan anda. Ramai telah menggunakan servis kami, Tak Percaya ?

Boleh lihat di Pages FB kami Di Kereta Sewa Kuala Terengganu

Instagram : Keretaewakualaterengganu8080

Jeti Merang , Terengganu
Jeti SyahBandar Kuala Terengganu
Premis Kereta Sewa Kuala Terengganu



Kari Kepala Ikan Tersohor Di Terengganu

[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Antara daya tarikan terbaru di Terengganu, Kari Kepala Ikan. Kedai nie dikenali Warung Santai DRiver. Warung ini sangat terkenal di di kalangan penduduk di Terengganu dan daripada luar negeri. Warung Santai DRiver terletak di Kampung Pasir Tinggi, ia hanya mengambil masa dalam 20minit jika anda dari Kuala Terengganu. Dari premis kami hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja.

Warung Santai DRiver

Kami telah berkesempatan makan tengahari di sini. Kari kepala Ikan boleh dikategori antara yang sedap di Terengganu dengan resepi dan rasa yang tersendiri. Warung Santai DRiver beroperasi bermula daripada 11.00 pagi hingga 7.00 petang. Kari kepala ikan disediakan bermula daripada jam 11pagi hingga habis, Bermula jam 4.00 petang Warung Santai Driver masakan bergoreng untuk makan petang seperti, Kerepok lekor goreng, pisang goreng, Sotong Celup Tepung, Western food, Air Batu Campur dan pelbagai lagi

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Kami Kereta Sewa Kuala Terengganu berkempatan berkunjung Ke Warung Santai DRiver sendiri untuk merasai kelazatan Kari Kepala Ikan. Alhamdulilah sangat berpuas hati dengan rasa dan servis yang diberikan.

Jika anda ingin berkunjung ke sini anda boleh sahaja waze dan google maps sahaja. Jika anda tidak menpunyai kenderaan untuk pergi ke sini, anda boleh sahaja menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa Pandu sendiri daripada kami. Kereta Sewa Kuala Terengganu juga menyediakan perkhidmatan sekali dengan pemandu. Tepuk Dada , Tanya selera, anda berminat yang mana. Boleh call@ whatpp terus kami di talian 013-3158080.

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Kereta Sewa Kuala Terengganu
Kereta Sewa Kuala Terengganu

Perkhidmatan Kereta Sewa Kuala Terengganu. Beroperasi bermula se awal (8.00 pagi – 6.00 petang) (8.00 malam-10.00 malam). Penghantaran ke seluruh kawasan di Terengganu. Anda hello, Kereta Sampai. Mudahkan. Call @ whatppp sahaja kami di Talian 013-3158080.

Pages Facebook : Kereta Sewa Kuala Terengganu

Instagram : Keretasewakualaterengganu8080

[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]

Myvi Masih Available Untuk Sewaan Hari Raya Aidilfitri

Hanya tinggal 8 buah myvi sahaja lagi kereta yang masih belum ditempah di Kereta Sewa Kuala Terengganu,

Minima sewaan sempena Hari Raya Aidilfitri 5 Hari Sewaan. Harga yang diwarkan hanya serendah RM130 x 5 = RM 650. Tiada sebarang caj yang tersembunyi. Penghantaran disediakan ke sekitar Terengganu. Caj penghantaran sehala area Kuala Terengganu hanya Rm10 sehala. Jika anda mahu pickup kereta di premis kami Kereta Sewa Kuala Terengganu, tiada sebarang caj yang akan dikenakan.

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Kelebihan anda menyewa Myvi 1.3 auto dengan kami

  • Harga Yang berpatutan RM130x5 = RM650
  • Kereta yang jimat minyak
  • unlimited mileage
  • boleh memuatkan 5 orang penumpang
  • aircond berfungsi dengan baik dijamin sejuk semasa digunakan
  • Kelengkapan kereta semua lengkap
  • Kereta servis tepat pada masanya

Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal berapa hari sahaja lagi kan, Jangan last minute tak ada kenderaan nak balik beraya di kampung huhu.. Booking kereta hanya sebanyak RM150. Di jamin kereta disimpan untuk anda , tiada istilah kami bagi kereta pada orang menawarkan harga yang lebih tinggi. Anda jangan last minute booking, kebiasaan harga akan naik 2 kali ganda daripada biasa tau.

Di Kereta Sewa Kuala Terenganu kami hanya menawaran Harga RM650 untuk hari, jika anda ingin menyewa lebih daripada 5hari insha allah kami akan bagi diskaun untuk anda tau. Berminat dengan Pakej kami boleh direct call di talian 013-3158080. WhatApp pom boleh

Kereta Sewa Nom 1 Di Terengganu Darul Iman 013-3158080

SEWA BAS PERSIARAN DI KUALA TERENGGANU

[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]
Baitul Sakinah Terengganu

Alhamdulilah Kereta Sewa Kuala Terengganu mendapat job sewaan Bas sekali pemandu selama 2 hari. Geng Biker Temasik Tourer Singapura ride ke Terengganu. Program pada hari pertama , Kami pergi Ke Rumah Anak Yatim Di Baitul Sakinah Di Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan disini. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar event disini bersama anak-anak yatim.

Baitul Sakinah Terengganu
Baitul Sakinah Terengganu

Trip Hari Kedua Bersama Customer pusing-pusing Di Kuala Terengganu

Perjalanan pertama kami , kami menuju ke Pasar Kedai Payang. Pasar Kedai Payang adalah salah satu destinasi yang wajib anda pergi bila anda datang ke Terengganu tau. Korang boleh lihat gambar di bawah banyak diorang shoping kan heheh.

Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

Selesai sahaja di Pasar Kedai Payang, perut pom lapar kan, Destinasi seterusnya, Kami membawa cust kami makan tengahri di Restoran Singgang Budu. Restoran ini terletak di area Kuala Terengganu ini sahaja. Pelbagai aneka masakan tengahari yang ada di sini tau.

Restoran Singgang Budu
Restoran Singgang Budu

Selesai Sahaja Makan tengahari di Restoran Singgang Budu. Lokasi seterusnya, Kami ke Noor Arfa Craft Complex. Disini cust berpeluang untuk melihat pelbagai jenis batik , sutera dan kraf tangan pelbagai aneka yang melambangkan identiti Negeri Terengganu Darul Iman

Noor Arfa COmplex
Noor Arfa Complex
Noor Arfa Complex

Selesai sahaja di Noor Arfa Batik , Sebelum pulang ke hotel kami singgah di Kerepok lekor Sungai Rengas. Keropok Lekor sungai rengas antara kerepok yang famous di Terengganu. Keropok lekor adalah makanan yang wajib anda beli bila datang ke Terengganu. Keenakkan nya tiada tolak bandingannya.

Keropok Lekor Sungai Rengas Kuala Terengganu
Keropok Lekor Sungai Rengas Kuala Terengganu

Setelah letih seharian, kami pulang ke hotel untuk berehat dan persiapan diri untuk makan malam. Destinasi yang terakhir makan malam di Hazlan Bistro. Di Hazlan Bistro menyediakan pelbagai aneka masakan panas dan western food. Alhamdulilah semua cust kami berpuas hati makan malam di Hazlan Bistro.

Hazlan Bistro

Alhamdulilah selesai trip bersama kami Kereta Sewa Kuala Terengganu. Kami akan memberikan servis yang terbaik dan menjamin anda akan berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Harga yang sangat berbaloi dan berpatotan. Anda menpunyai perancangan sendiri nak ke mana ? Anda beritahu sahaja plan anda dengan kami, kita bincang sampai jadi. Sebarang pertanyaan dan nak whatApp atau call kami boleh call di talian

013-3158080 Kereta Sewa Kuala Terengganu

[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]
kereta-sewa-terengganu-estima

TOYOTA ESTIMA UNTUK DISEWA DI KUALA TERENGGGANU

Toyota Estima antara MPV yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Antara beberapa kelebihan utama jika anda menyewa Toyota Estima dengan kami kerana ianya menpunyai bagasi yang luas berbanding mpv yang lain. Ini kerana, posisi tayar gantinya adalah terletak pada bahagian lantai tengah. Ruang bagasi belakang yang menyimpan kerusi barisan ketiga untuk menjadikan lantai belakang. Kereta Sewa Kuala Terengganu.

Berkenaan dengan harga, ianya jauh lebih murah berbanding anda menyewa Toyota Alphard dan Vellfire. Kami menawarkan harga sewaan untuk Toyota Estima sehari dengan hanya RM550 sehari. Pilihan di tangan anda sebagai pengguna. Pelbagai jenis mpv yang terdapat di premis kami Kereta Sewa Kuala Terengganu antaranya , Alza , Exora , Inova , Starex , Estima, Alphard dan Vellfire. Semua kereta available , Harga insha allah kita boleh runding sampai jadi. “ Makin Lame Sewa , Makin Murah “

Sebagai seorang pengguna anda mesti nak tahu keadaaan kereta kan ? Jangan risau, Kami di Kereta Sewa Kuala Terengganu menitik beratkan keadaan supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sentiasa diselenggara untuk memastikan Kepuasan pelanggan yang kami sayangi. Kepuasan Anda menjadi Keutamaan Kami.Di bawah kami sertakan gambar Toyota Estima Kami untuk disewa :

Toyota Estima
Toyota Estima

Sebarang pertanyaan anda boleh call saya direct di talian 0133158080.

“ Tak Kan Nak Tunggu Esok Raya Baru Nak Cari Kereta Sewa “

KERETA SEWA KUALA TERENGGANU

Tempahan Kereta Sewa Kuala Terengganu sempena Hari Raya AidilFitri 2018 sudah berlangsung. Untuk pengetahuan kalian  Semua Mpv di premis sudah pom dibooking oleh regular customer kami. Proton Exora dan Perodua alza Sold Out. Kenderaan lain masih ada lagi kekosongan, jangan risau. Antara Kereta sewa yang masih available  Axia ,  Myvi , Saga FL , Vios Trd Dan Axia.

Minima Sewaan Sempena Hari Raya AidilFitri 2018 5 hari tauu.

Kebiasaan, musim perayaan Aidilfitri kenderaan laku keras tau, Sebaiknya anda  booking awal untuk mengelakkan sebarang masalah untuk anda nanti. Bagi customer yang pickup kereta sewa  di Premis kami di Pengadang Baru  , Kami mengehadkan masa ambil hanya 1.00 Tengahari. Untuk Booking awal anda boleh membayar rm150 dahulu

Untuk customer yang nak pickup kereta di Airport atau hentian bas Kuala Terengganu kami tidak mengehadkan masa , untuk sebarang pertanyaan tentang kelewatan untuk ambil kereta sewa anda boleh WhatApps kami untuk lebih mudah untuk kita berurusan .

KERETA SEWA KUALA TERENGGANU

Harga Kereta Sewa akan naik di akhir-akhir ramadhan.

Kebiasaan harga akan naik pada aras tinggi, 2 kali ganda atas permintaan yang tinggi dengan kenderaan yang sangat limited. Mengikut pada pengalaman yang lepas-lepas biaa sudah terjadi hehe.. Jadi buat pilihan yang bijak,  kalau buat tempahan awal  boleh jimatkan duit anda kan. Booking hanya Rm150, jika anda ada masalah , nak batalkan tempahan saat-saat akhir kita hanya akan burn deposit  sahaja.

KERETA SEWA KUALA TERENGGANU

Harga Sewaan  Sempena Hari Raya AidilFitri 5 Hari

  • Axia   : Rm550
  • Myvi  : RM650
  • Saga : Rm650
  • Vios   : RmM1000

Harga Delivery Kereta Sewa Ke Sekitar Terengganu

  •     Area Kuala Terengganu Rm10 Sehala
  •     Hentian BAs Kuala Terengganu Rm10 Sehala
  •     TAsik Kenyir Rm70 sehala
  •     Area Marang Rm15 sehala

Delivery ke mana sahaja sekitar Terengganu.😊
“ anda hello , Kereta Sampai “

Kereta Sewa Tiptop Di Terengganu.
Thank You 😁

Hyundai Starex untuk disewa Di Kuala Terengganu

Hyundai Starex untuk disewa gaiss Di Kereta Sewa Kuala Terengganu

Kereta Sewa Kuala Terengganu menawarkan sebuah jentera baru dan masih bauuu kedaii lagi niee hehe.Kelebihan Mpv Hyundai Starex ini, ianya boleh memuatkan 10 – 12 orang penumpang tau. Hyundai Starex ini juga menggunakan diesel dan sangat jimat minyak untuk perjalanan yang menpunyai jarak yang jauh.
Starex ini juga , dari segi kuasa ia sangat pickup , walaupom bawa 120/jam ia tidak terasa laju kerana kenderaan berasa stabil dan berat.

Anda ingin mencuba Hyundai Starex dengan kami? Nak Bawa family bercuti menaiki kenderaan yang selesa? Starex adalah penyelesainnya. hehe… Selain Daripad starex , Mpv Lain juga ditawarkan di premis kami antaranya , Vellfire , Exora , Alza dan Innova.. Harga Muroh bohh je orang ganu kate.. hehe

Kereta Sewa Kuala Terengganu
Kereta Sewa Kuala Terengganu
Kereta Sewa Kuala Terengganu
Kereta Sewa Kuala Terengganu

Boleh WhatApps Dan Call Saya di talian 013-3158080
Kereta Sewa Tiptop Di Terengganu.
Thank You 😁

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 2019

Suruhanjaya Pilhan Raya SPR  mengumumkan 26 Januari 2019 sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands. Bagi menjalankan proses Pilhanraya itu jelasnya, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil.  PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan 32,009 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 88 saluran di 31 buah pusat mengundi. Daripada jumlah itu, 31,750 merupakan pengundi biasa, 247 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah terbatal ekoran berlakunya rasuah. Menurut Pengerusinya Azhar Azizan Harun, pengumuman itu dibuat selepas SPR menerima perakuan daripada Mahkamah Pilhan Raya mengenai pengisytiharan pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu bagi kerusi berkenaan.

“Selaras dengan perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan SPR akan mengadakan satu PRK bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan mulai 15 Disember 2018.”

“Tarikh keluar writ 19 Disember 2018 (Rabu), hari Penamaan Calon pada 12 Januari 2019 (Sabtu), hari Mengundi Awal pada 22 Januari (Selasa) dan hari Mengundi pada 26 Januari  (Sabtu).

Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi. SPR menjangkakan PRK itu akan menelan perbelanjaan sebanyak 3.5 juta ringgit.

Turunlah mengundi menunaikan kewajiban kita semua sebagai seorang  rakyat Malaysia untuk menentukan Pemimpin yang berkualiti dan berkarisma untuk ke arah pembangunan yang makin maju.

 

 

 

Call Now Button