
Alhamdulilah Kereta Sewa Kuala Terengganu mendapat job sewaan Bas sekali pemandu selama 2 hari. Geng Biker Temasik Tourer Singapura ride ke Terengganu. Program pada hari pertama , Kami pergi Ke Rumah Anak Yatim Di Baitul Sakinah Di Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan disini. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar event disini bersama anak-anak yatim.


Trip Hari Kedua Bersama Customer pusing-pusing Di Kuala Terengganu
Perjalanan pertama kami , kami menuju ke Pasar Kedai Payang. Pasar Kedai Payang adalah salah satu destinasi yang wajib anda pergi bila anda datang ke Terengganu tau. Korang boleh lihat gambar di bawah banyak diorang shoping kan heheh.

Selesai sahaja di Pasar Kedai Payang, perut pom lapar kan, Destinasi seterusnya, Kami membawa cust kami makan tengahri di Restoran Singgang Budu. Restoran ini terletak di area Kuala Terengganu ini sahaja. Pelbagai aneka masakan tengahari yang ada di sini tau.


Selesai Sahaja Makan tengahari di Restoran Singgang Budu. Lokasi seterusnya, Kami ke Noor Arfa Craft Complex. Disini cust berpeluang untuk melihat pelbagai jenis batik , sutera dan kraf tangan pelbagai aneka yang melambangkan identiti Negeri Terengganu Darul Iman



Selesai sahaja di Noor Arfa Batik , Sebelum pulang ke hotel kami singgah di Kerepok lekor Sungai Rengas. Keropok Lekor sungai rengas antara kerepok yang famous di Terengganu. Keropok lekor adalah makanan yang wajib anda beli bila datang ke Terengganu. Keenakkan nya tiada tolak bandingannya.


Setelah letih seharian, kami pulang ke hotel untuk berehat dan persiapan diri untuk makan malam. Destinasi yang terakhir makan malam di Hazlan Bistro. Di Hazlan Bistro menyediakan pelbagai aneka masakan panas dan western food. Alhamdulilah semua cust kami berpuas hati makan malam di Hazlan Bistro.

Alhamdulilah selesai trip bersama kami Kereta Sewa Kuala Terengganu. Kami akan memberikan servis yang terbaik dan menjamin anda akan berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Harga yang sangat berbaloi dan berpatotan. Anda menpunyai perancangan sendiri nak ke mana ? Anda beritahu sahaja plan anda dengan kami, kita bincang sampai jadi. Sebarang pertanyaan dan nak whatApp atau call kami boleh call di talian
013-3158080 Kereta Sewa Kuala Terengganu
[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]