Tempat Makan Menarik Wajib Pergi di Terengganu

  1. Restoran SinggangBudu

Tempat makan menarik yang pertama dalam senarai kami Restoran SinggangBudu. Korang nak makan makanan yang lauk pior asli yang berasal dari Terengganu. Restoran ini memang sangat sesuai untuk memenuhi citarasa anda. Korang nak makan ikan singgang cicoh budu.. meh le ramai-ramai kite makan berjemaah.. fuhh sampai berebut-rebut cicoh ke budu.. Restotan ini menyediakan 38 lauk jenis kampung setiap hari. Pelbagai lauk dihidang untuk Anda❗️kalau datang di TERENGGANU, jom singgah di sini,korang tak pernah makan,makanan asli TERENGGANU? korang Wajib datang sini yer…makan nasi panas-panas kuoh singgang ikan ayer,ikan panggang cicoh BUDU..perghh Terbaik ! Baru la rasa nikmat datang Terengganu

LOKASI : TEPI HOTEL GRAND CONTINANTAL TANGJUNG KUALA TERENGGANU

Masa Operasi : SABTU-KHAMIS (JUMAAT CUTI)

⏰11.00 pagi – 5.00 petang

2. KBB BURGER & STEAK TERENGGANU

Tempat Makan menarik seterusnya, KBB burger & steak yang pernah viral dulu, kini sudah berada di Terengganu!

Apa yang best dekat KBB? kalau singgah ke KBB, semestinya burger & steak adalah benda paling wajib untuk dicuba. Di KBB mereka menyediakan 14 jenis burger handmade & pelbagai potongan steak seperti tomahawk, lamb axe, tbone dari pelbagai jenis baka premium seperti wagyu, angus & dorper Untuk steak lover disini mereka juga sangat terkenal dengan butter aged, dryaged, wagyu A5 & juga pelbagai potongan steak untuk dipilih.. cara penyediaan bukan kaleng-kaleng, malah setanding dengan style eropah!

Tunggu apa lagi? JOM GIH KBB

LOKASI

KBB Burger & Steak, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu (sebelah Emporium Hock Kee Seng)

IG: kbbburgerandsteak

FB: @kbbburgerandsteakterengganu

3. ICON CAFE CLASSIC