Terma & Syarat Kereta Sewa

1. Kadar Sewa
Harga adalah tertakluk kepada harga semasa dipaparkan dengan kadar sehari / seminggu / sebulan (30 Hari). Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka seperti kenaikan kos penghantaran, bayaran tambahan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dibuat. 

2. Lewat Hantar / Tambahan Masa / Lebihan Jam
Sekiranya anda berhasrat untuk melanjutkan sewa melebihi tarikh dan masa asal yang telah dipersetujui, anda mesti memaklumkan kepada Pihak Syarikat terlebih dahulu dan pembayaran mesti dibuat sebaik sahaja sebut harga diberikan. Harga tertakluk kepada jenis kenderaan dan tambahan masa. Sila maklum lebih awal bagi mengelakkan kiraan sewa per jam.

3. Larangan Merokok
Anda dan semua penumpang tidak dibenarkan merokok semasa menggunakan kenderaan sewa dari Pihak Syarikat. Penalti RM200 akan dikenakan untuk menghilangkan bau rokok yang melekat akibat habuk dan debu halus bahagian dalam kenderaan. Jika kecacatan berlaku seperti lubang pada kusyen atau syiling atau panel pintu atau dashboard dan lain lain disebabkan api rokok, caj tambahan akan dikenakan berdasarkan bahagian yang rosak atau berlubang.

4. Lesen Memandu – Umur Minimum dan Maksimum
Anda mestilah memiliki lesen memandu yang sah yang dimiliki selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Lesen memandu antarabangsa diperlukan sekiranya anda bukan warganegara Malaysia.

5. Kerosakan dan Lain-lain Bayaran
Anda bertanggungjawab pada kenderaan yang disewa sepanjang tempoh yang dipersetujui. Sekiranya terdapat kerosakkan, kehilangan atau kecurian bahagian tertentu daripada kereta sewa sepanjang tempoh disewa, anda mestilah bertanggungjawab untuk menganti, membaiki dan menukar bahagian-bahagian tertentu harga pasaran semasa termasuk upah. Syarikat berhak untuk melucutkan hak deposit anda jika terdapat kesan kerosakan baharu.

Kemungkinan kejadian sedemikian adalah seperti berikut:

  • Calar pada badan kereta akibat tergesel yang perlu dicat semula. Calar atau pecah pada semua lampu depan & belakang. Pecah atau retak pada semua cermin hadapan kaca tingkap. Fender atau bumper kemik atau bengkok atau jatuh dan hilang sebarang komponen kereta sewa atau mana-mana kerosakan yang berkaitan dengan kereta
  • Meter suhu air radiator naik secara tiba-tiba. Anda mestilah sentiasa memastikan suhu air kenderaan sewa sentiasa berada pada paras normal. Sekiranya suhu air kereta naik secara tiba-tiba, hentikan kereta dengan serta-merta di kawasan selamat dan hubungi kami untuk tindakan selanjutnya. Untuk pemanduan jarak jauh, anda mestilah sentiasa memeriksa paras air radiator dan menambah air jika perlu. Begitu juga dengan minyak enjin kenderaan yang disewa.

6. Kerosakan Akibat Penyelenggaran Atau Kecuaian Pelanggan

Sekiranya semasa tempoh sewaan, berlaku kerosakan utama pada kereta akibat penyelenggaraan yang lemah dari pihak syarikat. Pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya diatas kerosakan tersebut. Jika kerosakan kenderaan sewa berlaku akibat kecuaian pelanggan seperti tergesel, tayar pecah, rim bengkok, enjin pecah akibat terlanggar lubang atau sesuatu yang keras, maka itu adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya. Maka tiada penggantian kereta kepada anda. Pihak syarikat akan cuba untuk menuntut pampasan daripada syarikat Insurans. Anda juga perlu bertanggungjawab untuk membayar kos lebihan yang gagal dituntut kepada pihak insuran. Deposit serta baki kadar sewa (jika ada) yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. Lihat Jadual 8 dibawah untuk pengurangan bayaran tambahan jika berlaku kejadian tidak diingini.


7. Deposit dan Pembayaran
Jumlah deposit yang dikembalikan diperlukan semasa pemulangan kereta dan jumlahnya berbeza bergantung pada pemilihan kereta. Pegawai syarikat akan memaklumkan pelanggan mengenai jumlah deposit yang diperlukan selepas tempahan telah berjaya dibuat. Bayaran penuh diperlukan sewaktu permulaan sewa. Kegagalan mematuhi ini mungkin mengakibatkan pembatalan automatik tempahan anda.

8. Collision Damage Waiver (CDW) – Pengurangan Tanggungan Akibat Kemalangan
Pengurangan Tanggungan Akibat Kemalangan disediakan kepada anda untuk mengurangkan liabiliti yang berlebihan kepada minimum. Jika anda sengaja atau tidak sengaja menyebabkan kerosakan kepada kenderaan sewa, anda bertanggungjawab untuk membayar lebihan yang boleh dikurangkan seperti yang terperinci di bawah:

JADUAL 8

Kumpulan KenderaanDi bawah 2000ccPada 2000ccDi atas 2000ccKelas Mewah
(Pada 2000cc)
Kelas Mewah
(Di Atas 2000cc)
LiabilitiRM3,000RM5,000RM6,000RM10,000RM20,000
Bayaran CDW13% / kadar sewa13% / kadar sewa13% / kadar sewa13% / kadar sewa13% / kadar sewa
Jumlah DikurangkanRM1,000 setiap kemalanganRM2,000 setiap kemalanganRM3,000 setiap kemalanganRM5,000 setiap kemalanganRM10,000 setiap kemalangan


Denda Akibat Kecurian Kenderaan Sewa

Kumpulan KenderaanPenalti Kecurian 
(Bayaran sebenar)
PENALTI KECURIAN
(Dikurangkan kepada)
Bawah 2000ccRM3,000RM2,000
Pada 2000ccRM5,000RM3,000
Atas 2000ccRM6,000RM3,000
Kelas Mewah – pada 2000ccRM10,000RM5,000
Kelas Mewah – Atas 2000ccRM20,000RM10,000


9. Penyerahan Butir Anda kepada Pihak Berkuasa

Anda memberi kebenaran kepada syarikat Pihak Syarikat untuk menyerahkan butir-butir peribadi anda kepada Pihak Berkuasa yang terlibat jika didapati atau dikhuatiri menjalankan perniagaan haram, mencabul / melanggar peraturan dan akta kerajaan.

10. Insurans Perjalanan

Pihak kami sangat mengesyorkan kepada anda untuk membeli insurans perlindungan perjalanan peribadi sebelum bercuti. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan akibat pembatalan perjalanan, bagasi peribadi, kemalangan diri, kecederaan atau penyakit berjangkit.

11. Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan
Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan, anda hendaklah:

    • Mendapatkan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor lesen memandu pihak-pihak yang terlibat dan saksi-saksi.
    • Memaklumkan kepada kami dengan serta-merta dan melengkapkan Borang Laporan Kemalangan serta mematuhi semua permintaan syarikat untuk memberikan bantuan dalam mana-mana litigasi atau penyiasatan yang berkaitan dengan kerosakan atau kemalangan itu.

12. Parking, Denda, Tol dan Saman Pihak Berkuasa
Semasa dalam sewaan, bayaran tempat letak kereta, tol, saman ekor, saman PDRM,  saman JPJ dan AES dan caj pelbagai daripada pihak berkuasa tempatan adalah tanggungjawab anda. Cas pengurusan RM50.00 tambahan akan dikenakan kepada anda di atas apa-apa denda trafik atau kesalahan yang timbul daripada penggunaan kenderaan sewa.

13. Kaedah Bayaran
Bayaran tunai, perbankan atas talian, mesti dijelaskan dalam akaun syarikat pada atau sebelum tarikh ambil kenderaan sewa. Bayaran melalui kad kredit (MasterCard / Visa) akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 3%.

14. Caj bahan api / petrol dan Kebersihan kenderaan
Caj petrol akan dikenakan jika kenderaan itu dikembalikan dengan petrol yang kurang daripada ketika ia disewa. Selain kos petrol, caj perkhidmatan pembersihan akan dikenakan jika kenderaan dikembalikan sangat kotor. Kos pembersihan akan bergantung pada jenis kereta.

15. Sekatan Negara & Permukaan Jalan
Pihak Syarikat tidak membenarkan semua kenderaan dipandu di Singapura dan Thailand. Semua jenis kenderaan juga tidak dibenarkan sama sekali digunakan di luar jalan, jalan atas permukaan yang tidak ditar atau off road.

16. Pembatalan Sewa Daripada Pihak Syarikat

Pihak Syarikat berhak untuk menolak sebarang sewa, mengikut budi bicara mereka, atau sekiranya anda tidak memenuhi syarat dan syarat sewa yang kami telah tetapkan. Pihak Syarikat berhak untuk membatalkan sebarang sewaan pelanggan tanpa apa-apa sebab. Pihak syarikat boleh, jika perlu, mencadangkan kenderaan alternatif kepada anda, sebaik-baiknya daripada kategori yang sama. Jika anda memutuskan untuk tidak menerima alternatif, semua wang yang anda bayar akan dikembalikan sepenuhnya tanpa kewajiban atau liabiliti selanjutnya di pihak syarikat. 


17. Pembatalan Sewa Daripada Pelanggan
Sekiranya berlaku sebarang pembatalan oleh pihak pelanggan. Pihak syarikat tidak akan kembalikan bayaran tempahan tersebut. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh jadual semula (reschedule) atas kebenaran dan budibicara syarikat. Sebarang keputusan dibuat adalah atas tanggungan pelanggan. Rancang perjalan anda sebaik-baiknya sebelum membuat tempahan.


18. Larangan Menbawa Binatang / Minuman Keras / Makanan Berbau dan Tujuan Jenayah
Anda dilarang membawa haiwan kesayangan, makanan berbau seperti durian, ikan kering, ikan masin, minum arak, dadah, aktiviti jenayah dan melakukan perkara yang tidak senonoh semasa menggunakan kenderaan FAM Niaga.

Nota: Semua harga dinyatakan diatas adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)